______________________
Kenapa ia dinamakan Restoran OHH MAMA. Kisahnya bermula apabila seorang anak yang selalu minta pelbagai jenis makanan kepada emaknya. Pada awalnya , Si anak meminta emaknya memasak hanya masakan goreng panas seperti nasi goreng dan sebagainya dan permintaan itu berlanjutan hingga meminta masakan ala thai seperti tom yam seafood, ikan siakap 3 rasa , paprik ayam dan lain dan melihat permintaan anaknya dipenuhi oleh emaknya. Si anak pada suatu hari memohon masakan jenis western dan emaknya telah membuat chicken chop kepada anaknya. Dan hampir setiap kali masakan yang berbeza dan emaknya mampu menyediakkan untuk anaknya. Dan pada suatu hari anaknya tiada apa lagi nak minta, dan emaknya menanyakan soalan kepada anaknya. Kamu nak makan apa lagi. Anaknya lantas menjawab "OHH MAMA" semua mama boleh masak nie.Dah macam kedai makan. Daripada situ lah tercetusnya idea pemilik menamakan OHH MAMA iaitu dimana kemampuan seorang MAMA menyediakan pelbagai jenis masakan kepada anaknya.
Restoran OHH MAMA
Restoran OHH MAMA


No comments:
Post a Comment